KUANTAN: Insiden air laut menjadi
kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai
Batu Hitam di sini, berulang lagi semalam selepas hujan lebat sejak Ahad lalu.
Difahamkan, perubahan warna air laut
itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu
terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai
Pengorak.
Gambar laut berwarna merah itu turut
menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi
dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat
puncanya.