Sejak beberapa bulan selepas dipecat, Muhyiddin Yassin cuba
memberi gambaran bahawa dia dibuang kerana ada suatu yang salah dilakukan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengendalikan isu berkaitan
1MDB.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga seringkali mengeluarkan
kenyataan ada cubaan untuk menutup mulutnya dari bercakap, tambah bila Ketua
sayap minta mereka yang rasmi mesyuarat sayap masing-masing, bukan Muhyiddin seperti mana biasa (biasa, bukan mesti dia), lagilah
meroyan Muhyiddinnya.
Tapi semalam, Muhyiddin gagal hadir dalam majlis amanat Presiden
yang disampaikan kepada semua perwakilan. Kerusi yang dikhasan untuknya kosong
saja, Najib gentleman saja disebelaj menanti orang yang nak dia bercuti ni. Tak
alih pun kedudukan kerusi tu.
Memang Pahlawan Bugis betul, tapi Pahlawan Jawa pulak tak datang.
Kita tak pulak kita tahu ada sesiapa menghalang Muhyiddin dari
masuk kerana sekutunya dalam gerakan menentang Najib, Shafie Afdal ada hadir.
Apa alasan atau sudah malu alah terlanjur mahu Najib melepaskan
jawatan seperti dalam ucapan di Kg Baru kelmarin? Kata nak tunjuk handal
sangat, bersemukalah kalau berani.
Jadi, hari ini pasti menarik, mesyuarat MT malam nanti pasti
ditunggu-tunggu, silap-silap Muhyiddin besok hanya tinggal sejarah. Kalau itu
yang berlaku, dia boleh masuk pembangkang atau tubuh parti baru dengan
Mahathir.
Pautan: Balqis Sheikh