Translate

08/12/2015

Najib Akui Terguris Hati Dengan Tun M


KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.

"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.


Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib juga menyifatkan Dr Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu, bahawa seorang pemimpin apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau haruslah sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...