TEL AVIV: Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom, yang juga Menteri Dalam
Negeri meletak kedua-dua jawatan berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual
ke atas beberapa wanita.
Beliau pada Ahad
turut mengumumkan menarik diri sebagai anggota Parlimen Israel (Knesset).
Peguam Negara, Yehuda Weinstein, mengumumkan siasatan terhadap dakwaan gangguan
seksual itu selepas berunding dengan pendakwa raya dan Ketua Jabatan
Penyiasatan dan Risikan Polis Israel.
Mengikut media
Israel, hampir 12 wanita tampil dengan dakwaan gangguan seksual terhadap Shalom
tetapi tidak membuat aduan rasmi dan tiada dakwaan difailkan. Laporan akhbar
Haaretz menyebut, seorang wanita berkenaan pernah bekerja di pejabat Shalom. -
Agensi