Translate

20/12/2015

Shafie Afdal 'U-Turun' Kembali Sokong Najib

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yang sebelum ini terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dikatakan akan 'u-turn' tidak lama lagi.

Menurut sumber 'orang-orang' Shafie dikatakan telah mengaturkan beberapa perjumpaan sulit bersama 'orang-orang' Najib bagi meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, Shafie akhirnya sedar tindakannya 'melawan arus' adalah merupakan satu langkah yang silap.

Malah 'orang-orang' Shafie juga dikatakan mengaku semua tindakan yang dilakukan sebelum ini adalah merupakan perancangan jahat yang dilakukan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Akhirnya Shafie sedar, tindakannya sebelum ini hanya akan menguntungkan politik Mahathir dan kroni-kroninya.

"Mahathir pada hakikatnya bukan mahu menyelamatkan negara seperti yang digembar-gemburkan, dia hanya mahu memastikan 'dinasti Mahathir' terus kekal memerintah negara" kata sumber itu.

Sumber itu turut mendakwa, Shafie ketika mengadakan perbincangan bersama 'think-tank' sebelum ini turut mengakui kesal kerana terpedaya dengan janji-janji manis Mahathir.
Mahathir dikatakan berjanji akan 'menganugerahkan' Shafie dengan jawatan menteri kanan dan beberapa projek mega sebagai balasan.

Malah Mahathir juga dikatakan telah bersetuju untuk memecat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan mengantikannya dengan 'orang-orang' Shafie sekiranya gerakan mengulingkan Najib berjaya.

Artikel Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...