Mat Sabu sekali lagi melancarkan serangan ke atas PAS, apabila mendakwa
parti itu telah diresapi pemikiran pengganas IS.
“Saya sebagai presiden Amanah
menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya
kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mohamad dalam wawancara bersama The
Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran ISIS dalam PAS.
Budaya
takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan.
Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk
dibunuh.
Anehnya,
tuduhan ini lahir dari bekas orang nombor 2 di dalam PAS, yang terkenal dengan
maki hamun pada setiap malam ceramah, dan sangat konsisten dalam siri
pengkafiran berskala besar ke atas ahli-ahli UMNO.
Pernahkah
kita mendengar Mat Sabu menolak amalan pengkafiran yang dibuat oleh PAS sewaktu
beliau bersama parti tersebut selama puluhan tahun sehingga menjawat jawatan
Timbalan Presiden PAS?
Bukanlah
sesuatu yang asing bagi kita, bahawa Mat Sabu juga sering dikaitkan dengan
golongan radikal Islam sewaktu bersama PAS.
Anehnya,
modus operandi standard dalam mencipta persepsi ke atas mana-mana pertubuhan
Islam apabila mengaitkannya dengan ISIS oleh media barat dan
musuh-musuh Islam kini digunapakai pula oleh Mat Sabu. Agak tepat juga
bila Mat Sabu guna strategi yang sama ke atas PAS, sebuah parti yang mendakwa
perjuangkan Islam.
Tentunya
ini membawa khabar gembira kepada DAP, kerana Amanah kini sudah menjadi
senjata ampuh bagi mengucarkacirkan PAS. DAP sedar, mereka masih gagal untuk
menjadi jurucakap yang kredibel apabila melibatkan hal ehwal Islam. Kini,
mereka sudah ada teman pengganti.
Mat Sabu
berkata, bahawa resapan pemikiran ISIS inilah menjadi antara punca tertubuhnya
Amanah. Cuma, ingin penulis bertanya, jika dia dan pro Anwarinas masing-masing
menang tempoh hari sewaktu Muktamar PAS yang lalu, apakah Amanah akan
ditubuhkan juga?
Hakikatnya,
kita semua setuju bahawa ISIS bukanlah mewakili atau cerminan terhadap Islam
yang sebenar. Dan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak
sedang memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyekat sebaran fahaman dan
juga penyertaan rakyat Malaysia ke dalam kumpulan ISIS.