KUALA LUMPUR, 3 Disember: Umno
tidak rugi, walaupun timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak
dibenarkan berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan bermula
minggu depan.
Ahli
Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong keputusan
itu, jika Muhyiddin sekadar mahu mengulangi isu yang sudah diperbincangkan,
seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apa
untungnya nak dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno, kerana dah meluas
serata dunia diperbincangkan mengenai isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.