Translate

Memaparkan catatan dengan label Rokok Elektronik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rokok Elektronik. Papar semua catatan

06/12/2015

MENTERI KESIHATAN PUTAR BELIT LAGI ISU VAPE ???

Bukan Dasar Kerajaan Persekutuan Memberi Saranan Kepada Kerajaan Negeri – Subramaniam

SEREMBAN, 5 Dis (Bernama) -- Bukan dasar kerajaan persekutuan untuk memberi saranan kepada kerajaan negeri supaya menggubal undang-undang kecil untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di kalangan masyarakat setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan media berhubung kenyataan timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang didakwa mengalu-alukan segala inisiatif terhadap rokok elektronik berkenaan.

"Saya tidak cakap pun macam itu. Kita di peringkat persekutuan sedang membincangkan hal ini dengan pelbagai kementerian berkaitan mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap vape kelak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

21/01/2013

Pengguna Rokok E-Elektronik Terdedah Penyakit Kronik

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong semalam.

Beliau berkata, sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...