SEREMBAN, 5 Dis
(Bernama) -- Bukan dasar kerajaan persekutuan untuk memberi saranan kepada
kerajaan negeri supaya menggubal undang-undang kecil untuk mengharamkan
penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di kalangan masyarakat
setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata
demikian bagi mengulas kekeliruan media berhubung kenyataan timbalannya, Datuk
Seri Dr Hilmi Yahaya yang didakwa mengalu-alukan segala inisiatif terhadap
rokok elektronik berkenaan.
"Saya tidak
cakap pun macam itu. Kita di peringkat persekutuan sedang membincangkan hal ini
dengan pelbagai kementerian berkaitan mengenai penguatkuasaan undang-undang
terhadap vape kelak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



