Translate

06/11/2015

Kerajaan jangan hipokrit dalam isu vape

SHAH ALAM - Pemuda Amanah mengingatkan kerajaan BN supaya tidak hipokrit dengan keputusannya untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape sedangkan tindakan menyita kedai yang menjualnya masih berlaku.

Naib Ketua Politiknya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, tindakan drastik kerajaan itu hanya mengundang cemuhan anak muda yang majoritinya mengguna dan menjalankan perniagaan tersebut.

"Bermula dengan fatwa pengharaman vape oleh mufti, kemudian sokongan terbuka Datuk Seri Ismail Sabri terhadap pengguna vape.


"Tindakan kerajaan menyita kedai vape sebagaimana yang telah dikeluhkan oleh Haqim Arshad dan telah viral di laman sosial menunjukkan sikap 'bermain wayang' kerajaan dan rakyat semakin meluat seolah-olah mereka dipermainkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas keluhan seorang peniaga, Haqim Arshad dalam akaun Facebooknya, semalam kerana tindakan pihak berkuasa yang merampas barang jualan perisa vape miliknya.

Haqim turut memuat naik gambar kabinet kaca vape di premis perniagaannya yang kelihatan kosong selepas rampasan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, Shazni Munir juga mendesak kerajaan supaya berhenti bersikap hipokrit dalam isu penjualan vape dan menyatakan pendirian sebenar dalam isu itu.

"Senyap dengan fatwa mufti dan senyap-senyap menyita kedai-kedai vape hakikatnya bukan tindakan yang digemari rakyat. Kerajaan harus jawab dan bertanggungjawab!" katanya lagi.


Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...