Translate

07/11/2015

Bila Rafizi Terlibat, Debat Tukar Jadi Kempen Politik

BAGUSLAH bila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy menolak untuk berdebat dengan Rafizi, bila Tony Pua yang mula-mula mencabarnya berdebat dulu, menarik diri atas alasan kononnya Speaker tak bagi (Speaker yang sama juga larang Arul sebagai saksi PAC dari terlibat debat).

Inilah politik parti pembangkang, bahagian yang Speaker larang Tony tu dia highlight besar-besar, sementara bahagian yang Speaker halang Arul pun dari terlibat, dia pendam dan diam - sebab itu pembangkang namakan Rafizi sebagai pengganti. Kalau isunya hormat Speaker, buat apa nak namakan Rafizi pulak, batalkan teruslah?

Nampak permainannya tu?

Lagipun pemilihan Rafizi ini menampakkan bahawa pembangkang, terutama DAP sudah tidak ada siapa yang nak diketengahkan untuk berhadapan dengan Arul. Rafizi ini kita tahulah, dia hanya minat nak politikkan keadaan, bukan nak cari jawapan dari Arul. Penulis tak hairan kalau debat ini tukar jadi kempen politik bila Rafizi terlibat.


Buktinya yang dah banyak kenapa penulis kata Rafizi ini hanya berminat mempolitikkan keadaan. Antaranya, dalam kes liwat Anwar, segala bukti saintifik, saksi dan sebagainya menunjuk bahawa Anwar memang meliwat Saiful, tapi Rafizi ada peduli ke, dia tetap nak pertahan mentornya itu juga - guna logik akal dia semata-mata.

Dalam isu DEIG yang sedang hebat dibualkan di kedai kopi seluruh Selangor sekarang, mana suara Rafizi? Jangan cakap pasal itulah, itu hari kata besar-besar nak panggil Azmin untuk jelas kelulusan 3 lebuhraya di Selangor, dah panggil ke belum? Betullah Azmin kata kelulusan bukan zaman dia, tapi KIDEX pun bukan zaman dia, boleh pulak batalkan, kenapa yang 3 tu tak boleh?

Jadi terang lagi bersuluh orang ini (Rafizi) tidak minat dengan apa yang Arul nak cakap dan Arul juga penulis percaya tahu perkara tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak membuang masa melayan orang yang kira-kira pun gagal - contoh, rakyat bayar GST RM 19 sehari (RM 570 sebulan) atau bersamaan dengan RM 9,500 perbelanjaan.

Logik ke semua rakyat Malaysia ini berbelanja RM 9,500 sebulan? Kalau macam itu berapa gaji masing-masing, RM 15,000 sebulan? Nampak bodohkan, jadi memang tepat sangatlah ia tidak dilayan.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...