Translate

02/11/2015

FATWA IKUT PERASAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ????

Haram rokok tidak ditekan, vape pula ditegas

SHAH ALAM“Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok,” demikian pendapat Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya jelas.

“Fatwa pengharaman ke atas rokok hampir sepakat, namun dalam masa yang sama, hanya vape yang 'kelihatan' haram.

“Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjemaah di masjid kerana bau busuknya, demikian ketika pergaulan.


Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Pada Jumaat lalu, Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan pengguna dan penjual vape.

Kenyataan tersebut disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi akaun Facebooknya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan putus tidak haramkan vape ]

Katanya lagi, fatwa pengharaman ke atas vape perlu dibuat hanya selepas rokok elektronik itu terbukti mendatangkan kemudaratan ke atas kesihatan penggunanya dan juga orang ramai.

“Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan. Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya.

“Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu. Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam.

“Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape.

“Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata,” katanya lagi.

Sumber: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...