KHALIL MASIH MENTAH ILMU POLITIKNYA ??
SHAH ALAM –
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai
pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak ‘orang-orang tua’ dalam
politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.
Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni
Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu
hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.
“Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas
sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula
perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang
sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?
“Jangan ditambah lagi jarak (politik) dan prejudis
tersebut dengan meneruskan kaedah dan cara berpolitik seperti itu,” katanya
dalam satu kenyataan kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Khalil hari ini yang
menuduh Amanah terikat dengan DAP dan parti serpihan Pas itu hanya akan
mendengar dan mengikut telunjuk DAP.
Khalil juga berkata jika Pas dan Amanah perlu
bekerjasama, pihaknya akan meneliti hasrat tersebut terlebih dahulu sebelum
membuat keputusan.
Perkara itu menjadi hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenakan pakaian sama atau
sedondon ketika menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia
2015, pada Khamis lalu.
Pertemuan dua pemimpin utama Melayu Islam itu menunjukkan Pas semakin positif
terhadap pelawaan Najib untuk menghulurkan "tali silaturahim" kepada
parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut
syariat Islam sebenarnya.