Mengikut
dokumen Perjanjian ERL yang ditandatangani dengan kerajaan pada 1997 seperti
didedahkan portal Malaysia Today, terdapat nama Dato Hj Mohamad Razali Mohd Ali
tertera pada dokumen perjanjian itu, menjawat jawaran sebagai Pengerusi
Eksekutif YTL.
Siapa Mohamad Razali Mohd Ali ini?
Menurut sumber, dia adalah ipar
kepada Mahathir, adik kepada Siti Hasmah Mohd Ali dan juga bekas Menteri Besar
Selangor yang dilantik Mahathir pada tahun 1985.
Jika ini benar, bermaksud
Mahathir menggunakan proksi untuk membina kekayaan bagi dirinya dan kerabat
Siti Hasmahlah yang beruntung sebab menjadi pilihan utama jika membabitkan
projek-projek kerajaan, terutama konsesi.
Maka selamatlah dikatakan disini
bahawa YTL bukan sahaja kroni Mahathir, silap-silap ia adalah kepunyaan
Mahathir - menggunakan proksi. Proksi dan Mahathir bukan asing, ketika menjadi
Presiden UMNO pun Mahathir mengawal berbilion wang UMNO dengan menggunakan
proksi.
Ini diakuinya sendiri dala coretan di blognya sendiri pada Ogos 2015 -
bila dia mengarahkan 2 orang pegawainya bernama Nor Mohamad Yaakub dan Nordin
Bachik untuk menyerahkan berbilion wang dan harta UMNO kepada Pak Lah pada
tahun 2003 bila jawatan Presiden UMNO bertukar tangan.
Kita kenal siapa Nor
Mohamad Yaakup tapi siapa dia Nordin Bachik?
Itulah dia proksi Mahathir yang
dikawalnya. Samalah dalam halnya dengan perjanjian dengan YTL ini, cuma kali
ini adik iparnya sendiri.Jadi sementara isteri Najib, Rosmah Mansor dituduh
macam-macam menghabiskan duit negara, ia adalah Siti Hasmah sebenarnya dimana
semua kelebihan dan kekayaan diperoleh semasa Mahathir berkuasa.
Sumber: Balqis Sheikh