Umum
mengetahui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah merupakan
dalang sebenar disebalik gerakan untuk mengulingkan Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak.
Namun
tidak ramai yang tahu selain Mahathir, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)
turut terlibat dan memainkan peranan dalam gerakan tersebut.
Sebagai
contoh beberapa siri sidang akhbar yang dilakukan oleh Gabungan Ketua Cawangan
Malaysia (GKCM) sebelum ini pada hakikatnya dilakukan oleh Perkasa.
Ini
kerana majoriti ahli-ahli GKCM itu merupakan ahli-ahli Perkasa baik di
peringkat negeri mahupun bahagian.
Tindakan
itu bertujuan untuk mewujudkan persepsi kononnya 'akar umbi' Umno turut
menggesa dan mendesak agar Najib meletakan jawatan ekoran isu yang dibangkitkan
oleh Mahathir.
Sedangkan
majoriti ketua-ketua cawangan masih setia dibelakang Najib.
Sebagai
contoh, baru-baru ini GKCM Gombak mendakwa mereka mewakili suara akar umbi,
namun hasil penelitian yang dilakukan dari 240 lebih cawangan Umno di Gombak,
hanya 5 cawangan yang menyokong gerakan Mahathir ini.
Malah
dari 5 cawangan yang dimaksudkan itu pula hanya 20 ahli-ahli cawangan yang
terlibat.
Paling
kelakar 20 orang ahli Umno yang mendakwa mewakili suara akar umbi itu pula
'secara kebetulan' merupakan ahli Perkasa yang kuat menyokong Datuk Ibrahim
Ali.
Sedangkan
Ibrahim Ali sebelum ini secara 'diam-diam' telah mengadakan perjumpaan tertutup
bersama Najib kononnya untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan yang ada
pada ketika ini.
Namun
dimasa yang sama para penyokong Ibrahim Ali menyatakan sokongan terhadap
gerakan Mahathir untuk mengulingkan Najib.
Persoalannya
mengapa Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim bertindak seperti 'talam dua muka'?
...
bersambung : Balqis Sheikh