Ketika DS Najib mengantikan kedudukan
Perdana Menteri Malaysia saya sangat gembira kerana saya yakin DS Najib adalah
insan yang terbaik untuk mengambil alih kerajaan daripada kepimpinan Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Pembangkang ketika itu agak kuat menyerang keperibadian
DS Najib dari segi politik sehinggalah ke dalam isu rumahtangga.
Saya masih ingat lagi ketika itu CYTRO
Pro UMNO/BN hidup segan mati tak mahu. Kita tidak terlalu kuat pada masa itu
berbanding dengan kekuatan CYTRO Pakatan Rakyat. Ketika itulah CYTRO UMNO/BN
bersatu di satu payung membantu mengerakkan jentera bagi mempengaruhi pengguna
media sosial untuk menyokong kepimpinan DS Najib Razak. Duit sendiri sendiri
je..
Pada ketika itu, ramai yang segan nak pakai baju UMNO kerana bimbang akan di ejek oleh masyarakat kerana
masyarakat sangat terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh pihak
pembangkang. Hanya kita sahaja yang tidak kisah dengan ejekkan dan makian oleh
orang yang beralih arah ke pembangkang. Saya antara salah seorang yang aktif di
media sosial ketika itu dan sering di ajak ke Kem Janda baik untuk program
media sosial di bawah Penerangan UMNO yang di ketuai oleh Datuk Ahmad Maslan.
Ramai gak nama nama besar yang saya
kenal dan yang paling saya takkan lupa adalah PAPA GOMO, AZMYAWANG KELANAJAYA,
JAS SALLEH , JIWA PARADOX, PAS BERUK, KEY MARZUKI, PARPUKARI dan beberapa
lagi.. saya kulur kilir naik motor je bro... hahaha.. UMNO punya pasal beb...
Saya banyak pergi kursus yang
dianjurkan oleh BTN bagi memantapkan sahsiah dan jatidiri untuk menanam
kesetiaan saya pada AGAMA BANGSA dan TANAH AIR dan mempertahankan ULIL AMRI
dari fitnah dan cacian yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.. Bukan ganjaran
yang dikejarkan semata mata.. Sebab saya bukanlah peniaga.. Saya bukanlah
kontraktor ... Cuma saya sayangkan parti UMNO dan mahu menjadi cytro yang
sentiasa setia kepada kepimpinan DS Najib.
Tapi pd tahun 2011-2013 sy ditugaskan
di Mesir bagi menjaga pelajar melaka di sana. Walaupun saya di Mesir saya tetap
menjalankan gerak kerja cytro. saya sangat aktif ketika di Mesir dan pernah
mengendalikan PAGE politik yang terkenal. ( page dirahsiakan ) Masa di Mesir
kita dah buat persediaan awal di media sosial untuk menjatuhkan kepimpinan Ds
Anwar Ibrahim.
Gerak kerja kita adalah untuk
memenangkan DS Najib Tun Razak !!
Januari 2013, DS Najib Razak bersama
deligasi membuat 1 rombongan khas bagi melawat GAZA. Semua Pegawai Kedutaan
Malaysia serta Pegawai Kerajaan Negeri di beri tugasan masing masing bagi
melancarkan program Lawatan DS Najib Razak. Nasaruddin Mat Isa dan Zulkifli
Nordin antara yang ikut DS Najib Razak ke GAZA. Ada satu benda yang korang kena
tahu.. DS Najib Razak pergi GAZA melalui Zon Merah.
Zon Merah ni adalah tempat di mana Tentera Yahudi boleh
melepaskan tembakkan ke arah musuh bila bila masa. Hanya DS Najib Razak pemimpin No 1 Negara Islam
pertama yang melalui ZON MERAH itu. Belum
ada mana mana pemimpin yang boleh buat macam DS Najib Razak. Itulah perkara yang ramai orang tak tahu.
Ramai pemimpin arab yang kagum dengan
keberanian Ds Najib Razak. Jadi sebenarnya saya tiada rasa keraguan pun tentang
derma RM2.6Billion tu. Saya percaya ada pemimpin arab yang sanggup bagi duit
sebanyak tu bagi membantu UMNO terus memerintah di Malaysia.
Sebab dasar kerajaan kita sangat
menjaga kepentingan agama islam dan sentiasa membantu umat islam yang tertindas
di negara jiran. Saya ada rasional sendiri mengapa saya tidak kisah dengan bab
derma tu dan saya yakin memang negara arab boleh bagi wang sebanyak itu...
Saya menolak cara kepimpinan DS Najib
Razak hari ini disebabkan beliau telah melantik ULAR kepada NAGA yang sangat
menyusahkan rakyat. Kenaikan harga barang dan cukai semakin meningkat serta
pelaksanaan GST yang carca marba sangat memeritkan rakyat. Apa kerja penasihat
Perdana Menteri ? Punai punai ni takde perasaan ke pada rakyat marhaen ?
Kenaikan kos hidup hari ini sangat
mendadak dan ianya sudah tentu membebankan rakyat. Menteri Menteri lain juga
seperti tidak berfungsi dengan baik bagi membantu DS Najib Razak. Pegawai
tertinggi dalam kerajaan juga tidak mendengar denyut nadi rakyat. Entahlah
tidak membantu secara menyeluruh berlagak pula tu... Dan paling saya tak tahan
adalah memecat Timb Perdana Menteri.
Walhal DS Najib Razakk sendiri yang
membuka pintu demokrasi dan kritikkan terbuka kepada pemerintah waimah dari
dalam mahupun luar. Saya
yakin keputusan itu bukanlah datang dari jiwa DS Najib. Tapi PUNAI PUNAI ni telah memanipulasikan
keadaan. Kemana keberanian dan
kepahlawan najib? mengapa
tidak bersihkan orang orang yang merosakkan anda? saya malu untuk mempertahankan lagi cara
kepimpinan DS Najib disebabkan PUNAI
PUNAI disekeliling tidak menjalankan amanah dengan baik.
Walaupun saya tidak menyokong lagi
kepimpinan DS Najib, saya setia pada UMNO.. SUK UMNO pun apa kurangnya...
antara parasit juga... Merosakkan UMNO... Rakyat marhaen juga yang bagus...
Entahlah menyumbang kepada kerajaan.. Tidak merompak pula wang rakyat.... Tak
macam segelintir pemimpin UMNO. ambil kesempatan di atas kesempitan orang...