Translate

27/12/2017

PKR KETANDUSAN WAKIL CALUN #PRU14???

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar A Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat FITNAH kononnya ada ADUN PAS Selangor yang mahu menyertai PKR.

Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan.

Sedangkan ujar beliau, ADUN yang didakwa itu adalah individu yang berdiri teguh di belakang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.

"ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).

"Walaupun tekanan dan PUJUKAN DITERIMA AMAT HEBAT sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti tersebut terutama sekali dengan pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit 'MELOMPAT KAPAL' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan - dan berpotensi lebih besar untuk menang - dalam pilihan raya umum akan datang.

21/12/2017

DAH NYANYOK SERTA TIADA PENDIRIAN !!!!

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara berjumlah RM31.5 billion

Salleh berkata, mantan perdana menteri itu sepatutnya 'menyerang' Penasihat DAP Lim Kit Siang, susulan pemimpin veteran DAP itu yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian itu.

“Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI  berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.

16/12/2017

PAS DAN UMNO PERLU BEKERJASAMA MEMBENTUK NEGARA ISLAM SEJAGAT

MARANG - Pas mengakui sokongan ahli dan penyokong parti sahaja belum cukup untuk membuat perubahan dan masih memerlukan banyak sokongan termasuk daripada ahli Umno.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menghadapi cabaran dan gelombang politik yang banyak dalam tempoh 60 tahun.

"Walaupun demikian bukan sahaja parti ini tidak mati tetapi cahayanya tidak padam. Bahkan ahli-ahlinya makin bertambah.

"Untuk makluman semua... tahun ini kita menerima ahli baharu yang sangat mengejutkan. Jumlah 41,000 ahli baharu, tahun ini.

"Oleh kerana itu, jangan bimbang ada mereka yang 'serpih' itu keluar parti kerana mereka yang masuk parti lebih ramai," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada Jamuan Dana PRU14 Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang di Dewan Tok Guru di Rusila, di sini, malam tadi.

10/12/2017

TONY PUA SOKONG TINDAKAN ZAID IBRAHIM

Ahli DAP bebas berkata apa sahaja, demikian dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua “Saya rasa ahli-ahli parti kami dibenarkan untuk mengekspresikan pandangan mereka, tetapi mereka perlu menyelesaikan segala akibat buruk yang akan muncul,” itu kata Tony Pua sewaktu memberi komen mengenai kontroversi melibatkan komen twitter Dato’ Zaid Ibrahim.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, Tony Pua berkata bahawa tindakan tersebut akan memberi kesan kepada parti, lebih-lebih lagi sekiranya ahli yang terlibat tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

Ahli DAP Dato’ Zaid Ibrahim dalam twitternya Selasa lepas telah menyelar dan memperlekehkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan menghina Bugis.

Tindakan Dato’ Zaid menimbulkan kemarahan orang ramai dan menyebabkan Sultan Selangor murka terhadapnya. Lantaran itu, Sultan Sharafuddin menitahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir. Dato’ Zaid Ibrahim sedang disiasat di bawah Akta Hasutan selepas laporan polis dibuat ke atasnya.

Sumber: KLIK DISINI

06/12/2017

GOLONGAN JULAT UMUR 22-32 TAHUN PERLU DIBERI PERHATIAN PRU 14

Tujuh tahun lalu, pada Oktober dan November 2010, 1,060 orang muda Islam berumur antara 15 hingga 25 tahun telah ditemubual oleh mereka yang dikatakan sebagai terlatih daripada Merdeka Centre. Setiap temubual mengambil masa lebih daripada satu jam dan berlegar sekitar pembangunan diri, orientasi keluarga, agama, politik, persekitaran sosial, lifestyle (gaya hidup) dan nilai-nilai.

Para responden pula telah memberi maklumat yang banyak berkenaan KEHIDUPAN KELUARGA, aktiviti-aktiviti rekreasi, profesyen dan matlamat peribadi serta orientasi politik, selain daripada peranan Islam dalam hidup mereka.

Menariknya, survey ini dilaksanakan ke atas golongan muda Muslim oleh Merdeka Centre, laporannya pula disediakan oleh Datuk Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz (IDEAS) dan Dr Wong Chin Huat (Monash University), manakala para penganalisis pula adalah Dr Shamsul Amri Borhan (UKM) dan Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz dan Dr Wong Chin Huat, yang semuanya dilihat sebagai tidak ada minat untuk membina generasi baru Islam.

Lebih menarik apabila penganalisis yang membuat laporan perbandingan bagi kajian serentak dengan Indonesia ini adalah tokoh Indonesia iaitu Dr Siti Musdah Mulia (UIN, Jakarta). Daripada kacamata kajian, ianya dilihat sebagai satu inisiatif terpuji kerana dapat mengenalpasti kecenderungan sikap dan pemikiran golongan muda, serta seharusnya maklumat dan analisis boleh digunakan untuk membantu membina generasi baru.

05/12/2017

DAP TAK SETUJU PERLANTIKAN MADEY DAN JIJAH KIPAS

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir MENYELAR PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) yang bertindak sebagai 'sumber' dan mendedahkan kepada media mengenai cadangan melantik TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI bagi gabungan itu.

Mohd Anuar berkata, pemimpin yang berkenaan tidak wajar melangkaui pemimpin atasan dengan memberi kenyataan apatah lagi melibatkan perkara penting dan besar. 

"Tak ada lagi (pemberitahuan mengenai cadangan). Jadi saya tak tahu apa tujuan orang-orang ini pergi kepada media sedangkan belum ada keputusan muktamad. Susahlah. Ini semua nak bagi bergaduh saja.

"Belum dibawa ke Majlis Presiden pun lagi, malah belum dibawa ke peringkat parti masing-masing lagi. Tak berani saya komen," katanya kepada Antarapos.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata beliau sendiri enggan mendahului Presidennya, Mohamad Sabu, meskipun dirinya turut menghadiri pemukiman pemimpin kanan PH selama dua hari di Putrajaya, majlis di mana cadangan itu dibuat.

04/12/2017

ISU FOREX BNM RUGI RM 31.5BILLION..

BNM gagal membayar dividen kepada kerajaan pada 1993-1997.. kerugian dividen RM500j-RM1billion setahun.. RM5billion sepatutnya negara dapat dividen jika BNM tidak rugi... Laporan Anggota RCI.

Aktiviti forex dibiar "bebas" dan mendapat perhatian IMF, Bank of England dan Rizab Persekutuan AS pada waktu itu... Laporan Anggota RCI.

Majalah Far Eastern Economic dan akhbar tempatan telah lapor tahap urus niaga forex BNM tidak ikut kelaziman Bank Pusat Global pada waktu itu...

Pendedahan utama... beberapa saham GLC seperti Telekom dan TNB dijual murah kpd BNM.. selepas itu dijual tinggi oleh BNM... dan diterjemah sebagai keuntungan... keuntungan ini cara BNM cuba diselamatkan oleh mereka yg terlibat pada masa itu... Laporan Anggota RCI.

Banyak lagi pendedahan hasil siasatan RCI yg dilaporkan dlm 524 MUKA SURAT.. Moga mereka yg cuai, salah guna kuasa, rasuah dan menipu fakta akan dihukum jua akhirnya..

#Orang begini kita nak bagi kepercayaan selamatkan Malaysia?

Ia seumpama menyuruh beruk menjaga kebun pisang..

Komen Pemerhati:

Kak Wook Habis la Anwar... bru nk habis jail kes liwat sambung plk dgn kes forex......da nasib bdn...

Mohsin Yusoff Rentaih pisang

Mohd Shah Mahmood Takdir menentu segalanya...Di penghujung usia sepatutnya tidak terjebak dengan pelbagai isu yang boleh mereputkan fizikal dan mental...Kepercayaan kian terhakis dan tidak bermakna lagi sepanjang hayat!

Hassan Ahmad Entah lah Sudin...forex tu entah kan rugi entah kan tidak.... satu untuk kau...satu untuk aku...dua untuk kau... dua untuk aku.... tiga... empat...lima....enam... tujuh....apabila dalam siasatan PDRM nanti.... baru dia kata tau... baru dia ingat kot... empat dol pelingkop negara...

Zulkafli Bin Ahmad Zul Berat tun dan DSAI ni masa berkuasa ,patutla masa anuar jadi menteri kewangan interest beli rumah dan kereta paling tinggi dlm sejarah.Bank jadi syarikat kredit punya tinggi interest.Jahanam duit negara.Bagai beruk jaga kebun pisang tu dan ganas sangat tuan Rozmi Mokhtar ,bawah sikit la...macam babi jaga kebun pisang semua dia sodok habis atas bawah depan belakang kiri kanan.

Cheredza Junaid Ya...Mereka nak jaga Malaysia? ??Mereka umpama menyuruh beruk menjaga kebun pisang .....tajam tu..

Shamsul Omar Ini cerita tentang RCI Forex. Kenapa letak gambar ada muka Tun? Yang terlibat ialah pemimpin umnobn yang memerintah waktu tu. Tapi letak gambar Tun dan DS Anwar, pemimpin HARAPAN. Bangang punya umnobn.

Zulkafli Bin Ahmad Zul Kebangangan shamsul omar sudah tiba dikemuncaknya apabila menyamakan tun spt superhero superman dan lim kit siang spt batman.Nasib baik dia tak samakan TUN dan DSAI tu sama spt tuhan kalau tidak sng la bangang ni dah jatuh murtad.Senang je dia kata kita bangang sbb katanya yg dituduh oleh RCI tu TUN dan DSAI tu pemimpin HARAPAN.Lawak bangang dari macai bangang,power betul punch line dia.wowww bodo piang
Mohsin Yusoff Biar polis buat kerja....

Sumber: KLIK DISINI

03/12/2017

GERAKAN RADIKAL REPUBLIC OF ATHEIST WAJIB DIHALANG

Gerakan Radikal Republic of Atheist WAJIB DIHALANG bagi mengelakkan “core sensitivity” ini terus disentuh supaya isu ateis ini tidak lagi juara di mata masyarakat dan diambil kesempatan oleh pihak yang sengaja mencari populariti murahan,” kata Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM, Muhammad Danial Muhammad Anuar. 

Menurutnya, Gerakan Republic of Atheist yang dilihat berbentuk radikal ini sebenarnya secara senyap MENCABAR PERLEMBAGAAN pada aspek moral dan ketenteraman awam pada Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu mengganggu gugat akidah umat Islam dan Senarai Negeri Jadual Kesembilan antara lain, menyebabkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat awam di bawah seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan dan cubaan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. 

Katanya, perkara ini sama sekali menunjukkan ateis ini bercanggah dengan Perlembagaan dan Sahabat YADIM sekeras-kerasnya MENENTANG FAHAMAN ATEISME ini. Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap pihak yang bertanggungjawab yang lebih berautoriti seperti mufti-mufti, institusi kerajaan dan pihak berkuasa untuk bersama menentang dan membanteras fahaman ateis ini secara serius dan tegas. 

01/12/2017

MAHATHIR DAN KRONI CACING KEPANASAN

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai siasatan berhubung KES PECAH AMANAH DAN PENIPUAN mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan berhubung kerugian itu telah mengesyorkan siasatan dijalankan mengikut undang-undang.

“Biarpun suruhanjaya tersebut tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi dapatan kajian ini telah mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan dilakukan.

“Mereka mencadangkan beberapa personaliti dalam laporan itu supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang lain berkaitan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Karnival Planet Ummah dan melancarkan aplikasi Imarah Tiga Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Putra di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...