Gerakan
Radikal Republic of Atheist WAJIB DIHALANG bagi mengelakkan “core sensitivity” ini
terus disentuh supaya isu ateis ini tidak lagi juara di mata masyarakat dan
diambil kesempatan oleh pihak yang sengaja mencari populariti murahan,” kata
Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM, Muhammad Danial Muhammad Anuar.
Menurutnya, Gerakan Republic of Atheist yang dilihat berbentuk radikal ini sebenarnya secara senyap MENCABAR PERLEMBAGAAN pada aspek moral dan ketenteraman awam pada Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu mengganggu gugat akidah umat Islam dan Senarai Negeri Jadual Kesembilan antara lain, menyebabkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat awam di bawah seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan dan cubaan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948.
Katanya, perkara ini sama sekali menunjukkan ateis ini bercanggah dengan Perlembagaan dan Sahabat YADIM sekeras-kerasnya MENENTANG FAHAMAN ATEISME ini. Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap pihak yang bertanggungjawab yang lebih berautoriti seperti mufti-mufti, institusi kerajaan dan pihak berkuasa untuk bersama menentang dan membanteras fahaman ateis ini secara serius dan tegas.