Translate

Memaparkan catatan dengan label Akta Hasutan 1948. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta Hasutan 1948. Papar semua catatan

03/12/2017

GERAKAN RADIKAL REPUBLIC OF ATHEIST WAJIB DIHALANG

Gerakan Radikal Republic of Atheist WAJIB DIHALANG bagi mengelakkan “core sensitivity” ini terus disentuh supaya isu ateis ini tidak lagi juara di mata masyarakat dan diambil kesempatan oleh pihak yang sengaja mencari populariti murahan,” kata Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM, Muhammad Danial Muhammad Anuar. 

Menurutnya, Gerakan Republic of Atheist yang dilihat berbentuk radikal ini sebenarnya secara senyap MENCABAR PERLEMBAGAAN pada aspek moral dan ketenteraman awam pada Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu mengganggu gugat akidah umat Islam dan Senarai Negeri Jadual Kesembilan antara lain, menyebabkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat awam di bawah seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan dan cubaan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. 

Katanya, perkara ini sama sekali menunjukkan ateis ini bercanggah dengan Perlembagaan dan Sahabat YADIM sekeras-kerasnya MENENTANG FAHAMAN ATEISME ini. Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap pihak yang bertanggungjawab yang lebih berautoriti seperti mufti-mufti, institusi kerajaan dan pihak berkuasa untuk bersama menentang dan membanteras fahaman ateis ini secara serius dan tegas. 

25/07/2015

ISA DAH TAK UJUD, AKTA HASUTAN LEBIH SESUAI UNTUK KONSPIRASI JATUH KERAJAAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Koordinator Unit Perundangan UMNO, Datuk Razali Ibrahim berpendapat penggunaan Akta Hasutan 1948 lebih sesuai daripada Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menangani konspirasi menjatuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut sekiranya wujud gerakan itu.

“Saya tak rasa POTA boleh diguna tapi ada akta lain yg lebih sesuai berkaitan usaha menjatuhkan kerajaan ini seperti akta hasutan.

“Namun begitu biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengenakan tindakan yang sewajarnya jika didapati wujudnya konspirasi tersebut,” katanya ringkas kepada The Rakyat Post.

13/03/2015

PAPA..PAPA NURUL NAK IKUT SAMA !!!


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya di Parlimen Selasa lepas yang mempertikai penghakiman negara.

Zulkifli ketika dihubungi Bernama berkata kenyataan Nurul Izzah berhubung penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya, Anwar Ibrahim pada 10 Februari lalu sebagai suatu kenyataan yang sarat dengan penghinaan. Sumber

01/12/2014

PDRM JUGA PERLU DI 'REMAJAKAN' ???


Jangan Pertikai Lagi Hak Melayu, Raja Dan Agama Islam

PDRM perlu memainkan peranan yang penting bagi menentukan halatuju yang disasarkan oleh seluruh rakyat Malaysia serta Mesej Tegas dan Lantang PRESIDEN UMNO.

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Perhimpunan Agung UMNO  2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden UMNO bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.

29/11/2014

Extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan ?



Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan apabila Dato' Sri Najib mengumumkan semalam dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malah akan diberi penambah-baikan dalam bentuk melindungi agama Islam dan kedaulatan Malaysia!

Mereka mendakwa Dato' Sri Najib mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan!


28/11/2014

DALAM PENJARA PUN ADA AKTA HASUTAN KE ????


TAK PAYAH NAK SIBUK-SIBUK.... TUNGGU SAJA LAH HARI MENDATANG SEMAKIN HAMPIR .......???

JANGAN LAH NAK KECEWA PULAK..KETUM...KETUM.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan lagi Akta Hasutan menunjukkan bahawa perdana menteri itu tunduk kepada tuntutan kumpulan pelampau.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan lagi Akta Hasutan menunjukkan bahawa perdana menteri itu tunduk kepada tuntutan kumpulan pelampau.
"Saya kecewa kerana Najib memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.
"(Najib) tunduk pada tekanan kumpulan yang dilihat berhaluan kanan dan ekstremis yang mahu menggunakan undang-undang untuk menekan kebebasan dan menindas pembangkang dan aktivis lain," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Najib di perhimpunan agung Umno bahawa akta tersebut akan dikekalkan, walau perdana menteri itu sebelum ini berjanji untuk menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...