Translate

25/07/2015

ISA DAH TAK UJUD, AKTA HASUTAN LEBIH SESUAI UNTUK KONSPIRASI JATUH KERAJAAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Koordinator Unit Perundangan UMNO, Datuk Razali Ibrahim berpendapat penggunaan Akta Hasutan 1948 lebih sesuai daripada Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menangani konspirasi menjatuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut sekiranya wujud gerakan itu.

“Saya tak rasa POTA boleh diguna tapi ada akta lain yg lebih sesuai berkaitan usaha menjatuhkan kerajaan ini seperti akta hasutan.

“Namun begitu biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengenakan tindakan yang sewajarnya jika didapati wujudnya konspirasi tersebut,” katanya ringkas kepada The Rakyat Post.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan warga Swiss, Xavier Andre Justo yang mendakwa dijanjikan AS$2 juta (RM7.6 juta) sebagai pertukaran data yang diambil daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong dan Penerbit The Edge, Ho Kay Tat kemudiannya dalam satu kenyataan mengakui telah mengelirukan Justo mengenai bayaran untuk mendapatkan maklumat yang dicuri berhubung 1MDB.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...