Translate

24/10/2016

MENYENARAI HITAM SYARIKAT TERLIBAT DG BERSIH ADALAH TEPAT DAN PERLU DISEGERAKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan minta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.
Dalam tweetnya hari ini, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ruangan pojok Awang Selamat dalamMingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.
"Saya ambil maklum pandangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.

22/10/2016

Orang Dok Pimpin Kita, Kita Kena Jadi Pemimpin, PAS Kena Jadi Pemimpin

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tampil dengan pendirian menolak sebarang kerjasama yang mahu menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hashim, dalam ucapan sulung di Kelantan selepas baru dua minggu dilantik menerajui jawatan tertinggi PAS itu, berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil.

“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi," katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas merujuk usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS bagi memastikan tiada pertindihan kerusi di kalangan pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

21/10/2016

Hot dog adalah hot dog Ia merupakan isu yang bodoh oleh mereka yang jahil

Saya Nak Hot Dog Sekarang 
Kekecohan yang timbul akibat penggunaan perkataan "hot dog" adalah tidak masuk akal, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Bercakap kepada pemberita di luar lobi Parlimen pada Rabu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, isu berkenaan dibangkitkan oleh individu-individu yang jahil.
"Hot dog sentiasa dikenali sebagai makanan barat dan ia datang dari bahasa Inggeris.
"Jangan buat kita kelihatan bodoh dan kuno.
"Hot dog adalah hot dog. Malah dalam Bahasa Malaysia pun, ia dipanggil hot dog. Ia dah lama wujud banyak tahun," katanya.
"Ini tidak masuk akal. Ia dilakukan oleh mereka yang jahil. Mereka tidak berada dalam dunia sebenar.
"Keislaman saya tidak terjejas dengan memakan hot dog. Saya fikir saya mahu makan hot dog sekarang. Tidak ada keperluan untuk perkara ini. Ia merupakan isu yang bodoh," katanya secara berseloroh.
Dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan kedai francais bagi pretzel, Auntie Anne's menukar nama makanan mereka daripada 'Pretzel dog’ kepada ‘Pretzel sausage (sosej)’, yang merupakan antara perkara yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sijil halal.

19/10/2016

HUSAM KURANG SENANG DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG !!!

Akhirnya Husam Mengaku Pakatan Pembangkang Dikuasai Parti Dominan Cina

Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa akhirnya mengakui pakatan pembangkang pada ketika ini dikuasai oleh parti dominan Cina.

Adun Salor itu ketika menyampaikan ceramah sempena ulangtahun pertama Parti Amanah Negara di Shah Alam, Ahad lalu menzahirkan kebimbangan masyarakat Melayu terhadap gerakan pembangkang ekoran penguasaan DAP dalam pakatan.

Melalui klip video dimuatnaik di laman Facebook Kelab Penyokong Tun Mahathir itu Husam turut menjelaskan perkembangan itu telah mengusarkan penyokong masyarakat Melayu.

Penasihat Amanah Kelantan itu turut berkata orang Melayu di bandar dan pedalaman mula takut seandainya pakatan pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum kelak.

Atas sebab itu mereka kemudiannya terpaksa bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk menagih sokongan masyarakat Melayu.

Persoalannya mampukah kerjasama ini bertahan lama, kerana umum mengetahui masing-masing mempunyai agenda yang berbeza.

Sebagai contoh agenda utama Mahathir ialah untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri, PKR mahu membebaskan Anwar untuk menerajui kepimpinan negara manakala DAP mahu mewujudkan negara republik dengan slogan 'Malaysia Malaysian'.

Sumber: Balqis Sheikh

17/10/2016

BUKTI kerajaan BN ZALIM

Kerana menzalimi org yg KUFUR. Saya warga Selangor cuma mampu tengok je dan bersyukur kerana kerajaan prihtin. Kami kat Selangor ni bagga sebab mampu tengok rumah mampu milik yg mampu dimiliki orang2 kafir dan kufur. Padan muka aku jadi warga Selangor.
*BARISAN NASIONAL* _15 Oktober 2016_

Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah khusus untuk golongan belia bujang berpendapatan rendah di ibu kota.

Usaha ini untuk membantu mereka yang bekerja di hotel, restoran dan dalam semua sektor perkhidmatan industri di Kuala Lumpur di mana mereka akan mampu menyewa bilik walaupun gaji mereka rendah.


*  📱 *Facebook BN*
*  📱 *Twitter BN*
🌐 *Laman Web BN*

14/10/2016

Akhirnya, Ezam Menjilat Ludahnya Sendiri, Cakap Tak Serupa Bikin

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan disumbatkan kedalam penjara akibat salah laku liwatnya, antara individu yang cukup lantang mengecam tindakan Tun Dr Mahathir pada waktu itu adalah Datuk Ezam Mohd Nor. Beliau pernah berkata, “Mahathir adalah perosak dan pengkhianat bangsa Malaysia. Saya akan tempur beliau habis-habisan. Ini janji saya!

Selepas itu, beliau menjadi antara orang kuat PKR sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Tidak lama selepas menyertai UMNO, Ezam dilantik sebagai Senator dalam kerajaan hari ini.

Namun begitu, tindakannya meninggalkan UMNO buat kali kedua, agak sedikit mengejutkan. Ketika ramai pihak menjangkakan, Ezam akan menyertai semula PKR, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini dikuasai oleh orang yang pernah disumpahnya satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

13/10/2016

Dr Mahathir bersikap keterlaluan menuduh Najib ingin membunuh Proton ???

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menerusi entri blog bertajuk 'Pemerintahan Kuku Besi' mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Proton bankrap dan dijual dengan murah.

Katanya, Najib akan melakukan apa sahaja untuk memadamkan legasi Dr Mahathir yang mencipta Proton sebagai industri automotif tempatan.

"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan.

"Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati," kata Dr Mahathir di blog chedet.cc, semalam.

12/10/2016

MAHATHIR DAN MUHYIDDIN JANGAN KETERLALUAN JAGA RUMAH SENDIRI

PAS tetap menolak sebarang usaha rundingan atau kerjasama dengan DAP dan Amanah, meskipun tawaran itu akan digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik menegaskan Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu menjadi orang tengah dalam usaha perdamaian itu kerana PAS tetap dengan keputusan menolak dua parti itu.

“Kita rujuk kembali kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana (pihak). Bukan bergabung, tetapi bekerjasama, namun tidak dengan DAP dan Amanah. Ia satu kenyataan jelas daripada Presiden.

“Sekiranya Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berfikir untuk menyatukan gabungan itu, termasuk mengajak PAS, DAP dan Amanah, bermakna mereka kena lupakan hasrat itu,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

11/10/2016

MUSUH ISLAM AKAN TUMBANG DAN FITNAH AKAN LEBUR DI BUMI BERTUAH MALAYSIA

Sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang berpaling tadah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.
“InsyaAllah, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau baru-baru ini.
Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata, beberapa siri dialog bersama masyarakat non muslim anjuran PAS menunjukkan mereka berpuas hati dengan usaha untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

09/10/2016

KOS SARA HIDUP TINGGI DAN KECEWA NILAI MATA WANG RENDAH

IKON usahawan atau Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi yang kian menghimpit dari sehari ke sehari.
Kata Aliff yang dikenali dengan panggilan 'Datuk Terlajak Laris', peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan.

Aliff yang meluahkan rasa menerusi Facebooknya turut mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

08/10/2016

TSMY GALI LUBANG TUTUP LUBANG PECAH JUGAK !!!

Muhyiddin baru-baru ini muncul atas pentas PAS di Kuala Terengganu untuk bercakap mengenai 1MDB dan lain-lain-lain. Beliau telah dijemput pada kapasiti bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum pembentukan Parti Pribumi dimana beliau adalah Presiden penaja. Bukan sekali dia menangani soalan lama terutama dari ahli-ahli PAS – ‘berapa banyak dia dapat dari skandal 1BestariNet?’

PAS mula bertanya soalan ini pada April 2012. Mahfuz Omar dari PAS meminta penjelasan mengapa projek itu tidak diberikan kepada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Telekom Malaysia, Celcom atau TimeDotCom yang mampu untuk menyediakan ‘barebone’ Internet lebih baik untuk menyokong projek ini. http://arkib.harakahdaily.net/…/mengapa-ytl-comms-dapat-pro…

Projek 1BestariNet adalah projek bernilai RM4.077 bilion untuk tempoh 15 tahun bagi menyediakan sambungan Internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya bagi 9,924 sekolah di seluruh negara. YTL, yang menjadi kroni pengasas Parti Pribumi, Mahathir, mendapat pakej RM663 juta yang ditandatangani oleh Muhyiddin ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran.

06/10/2016

MUHYIDDIN PRESIDEN CAP BUNGA DALAM KEGUSARAN ???

Muhyiddin nampaknya masih tidak dapat keluar lagi daripada cengkaman Nika Gee walaupun dia telah 'bercuti' untuk seketika, dan muncul kembali dengan menghebatkan serangan ke atas Najib Abdul Razak.

Masalah peribadinya nampaknya terlalu membelenggu bekas Timbalan Perdana Menteri dan sekarang merupakan Presiden Cap Bunga itu.

Sedar bahawa dia kurang sokongan di dalam Cap Bunga untuk dirinya berbanding Mukhriz dan Mahathir, Muhyiddin dilihat cuba mengorak langkah secara lebih drastik dengan merapatkan diri dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Dalam keadaan sekarang, PAS dilihat mempunyai banyak kelebihan dalam penentuan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang.

03/10/2016

EZAM DAH KENYANG KELUAR PARTI PULAK ???

KUALA LUMPUR - Umno diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang lupa daratan dan kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar Umno.

Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

"Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada Umno yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

"Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

02/10/2016

TUN MATAHIR TETAP MUSUH PAS ???

PAS mendedahkan kelicikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu cuba memecahbelahkan kerjasama diantara PAS dan Semangat 46 (S46) pada tahun 1990.
Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, Mahathir pada waktu itu mendakwa memiliki pita rakaman ucapan Presiden S46, Tengku Raza­leigh Hamzah yang merancang untuk ‘membunuh’ PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...