Kekecohan
yang timbul akibat penggunaan perkataan "hot dog" adalah tidak masuk
akal, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Bercakap kepada pemberita di luar lobi Parlimen pada Rabu, Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, isu berkenaan dibangkitkan
oleh individu-individu yang jahil.
"Hot dog sentiasa dikenali sebagai makanan barat dan ia
datang dari bahasa Inggeris.
"Jangan buat kita kelihatan
bodoh dan kuno.
"Hot dog adalah hot dog. Malah dalam Bahasa Malaysia pun, ia
dipanggil hot dog. Ia dah lama wujud banyak tahun," katanya.
"Ini tidak masuk akal. Ia dilakukan oleh mereka yang jahil. Mereka tidak berada dalam dunia sebenar.
"Keislaman saya tidak terjejas dengan memakan hot dog. Saya
fikir saya mahu makan hot dog sekarang. Tidak ada keperluan untuk perkara ini.
Ia merupakan isu yang bodoh," katanya secara berseloroh.
Dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
menyarankan kedai francais bagi pretzel, Auntie Anne's menukar nama
makanan mereka daripada 'Pretzel dog’ kepada ‘Pretzel sausage (sosej)’, yang
merupakan antara perkara yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sijil halal.