Translate

11/10/2016

MUSUH ISLAM AKAN TUMBANG DAN FITNAH AKAN LEBUR DI BUMI BERTUAH MALAYSIA

Sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang berpaling tadah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.
“InsyaAllah, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau baru-baru ini.
Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata, beberapa siri dialog bersama masyarakat non muslim anjuran PAS menunjukkan mereka berpuas hati dengan usaha untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, ujarnya, bukan Islam yang menolak usaha tersebut terkeliru berhubung perkara itu disebabkan maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima daripada DAP dan PAN.
Selain DAP dan PAN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu.
Pakatan Rakyat dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...