Translate

12/10/2016

MAHATHIR DAN MUHYIDDIN JANGAN KETERLALUAN JAGA RUMAH SENDIRI

PAS tetap menolak sebarang usaha rundingan atau kerjasama dengan DAP dan Amanah, meskipun tawaran itu akan digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik menegaskan Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu menjadi orang tengah dalam usaha perdamaian itu kerana PAS tetap dengan keputusan menolak dua parti itu.

“Kita rujuk kembali kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana (pihak). Bukan bergabung, tetapi bekerjasama, namun tidak dengan DAP dan Amanah. Ia satu kenyataan jelas daripada Presiden.

“Sekiranya Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berfikir untuk menyatukan gabungan itu, termasuk mengajak PAS, DAP dan Amanah, bermakna mereka kena lupakan hasrat itu,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Mokhtar menyatakan respon terhadap hasrat PPBM yang akan terus mengadakan perbincangan dengan PAS dalam usaha memulihkan hubungan parti dengan seterunya, DAP dan Amanah.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu berkata akan memujuk PAS dalam usaha menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.

Sebelum Dr Mahathir berbuat demikian Muhyiddin terlebih dahulu menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam menyatukan PAS dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Muhyiddin turut mendakwa memperolehi sokongan positif daripada kepimpinan tertinggi parti itu.

Namun PAS tampil dengan kenyataan baru, menerusi Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan yang menegaskan partinya tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Sumber: wakeupmalaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...