PAS
mendedahkan kelicikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu cuba memecahbelahkan kerjasama diantara PAS dan Semangat 46 (S46) pada tahun 1990.
Ketua
Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, Mahathir pada waktu itu
mendakwa memiliki pita rakaman ucapan Presiden S46, Tengku Razaleigh Hamzah
yang merancang untuk ‘membunuh’ PAS.
“Selepas
membuat dakwaan itu, pada 4 Oktober 1990, Mahathir mengumumkan pembubaran Dewan
Rakyat diikuti penamaan calon pada 11 Oktober 1990 dan pengundian pada 21 Oktober 1990.
“Namun,
strategi itu tidak berkesan apabila Yang Dipertua PAS Pusat pada 22 September
1990 mendakwa kenyataan itu satu fitnah yang diada-adakan untuk memecahbelahkan
kerjasama PAS-S46,” katanya dalam satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah
PAS semalam.
Mohd.
Fadli berkata, Tengku Razaleigh mencabar Mahathir pada 26 September 1990 supaya
menunjukkan bukti pita tersebut tetapi Mahathir tidak berbuat demikian hingga
hari ini.