"Kejayaan
lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jerman minggu ini
membuktikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah salah bahawa Malaysia sebuah
negara yang gagal," kata Pengarah Strategi Komunikasi Barisan Nasional,
Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Abdul
Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ia mungkin Dr
Mahathir mahu menutup malu kerana pengaruhnya kini telah merosot.
"Bukan
hanya dengan membandingkan perdana menteri kita dan lain-lain dalam kerajaan dengan Nazi, tetapi berbuat demikian
semasa perdana menteri berada di Jerman," katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Abdul
Rahman berkata, Jerman telah menebus masa lalu dan membinanya menjadi sebuah
negara demokrasi yang menjadi contoh kepada begitu banyak negara dan adalah
satu perbuatan salah untuk memburukkan sesebuah negara dan
membangkitkan sejarah pahit itu hanya semata-mata untuk meraih keuntungan bagi
kepentingan diri sendiri dalam politik.
Abdul
Rahman menegaskan Dr Mahathir sekali lagi menunjukkan beliau bukan seorang
negarawan.
Menurutnya,
kenyataan Dr Mahathir semakin terdesak dan tidak waras dan ia
sesuatu yang memalukan untuk melihat seorang bekas perdana menteri memusnahkan
legasinya.
Beliau
berkata, Dr Mahathir telah menyebabkan rasa meluat dan bersalah di Jerman, yang
mana pada tahun lepas merupakan pelabur terbesar Eropah di Malaysia dengan
jumlah pelaburan Jerman mencecah US$11.4 bilion.
"Sebaliknya,
Perdana Menteri kita menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, yang
berjuang untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan
rakyatnya," katanya.