IKON usahawan atau Pengasas D'Herbs Healthy Sdn.
Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan kebimbangan dengan
keadaan ekonomi yang kian
menghimpit dari sehari ke sehari.
Kata Aliff yang dikenali dengan panggilan 'Datuk Terlajak Laris',
peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan.
Aliff yang meluahkan rasa menerusi Facebooknya turut mengakui
perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat
kenaikan kos sara hidup rakyat.
Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke
Thailand bagi meneruskan kelangsungan
perniagaannya.
“Betapa takutnya saya dengan ekonomi
negara sekarang. Kos sara hidup melambung
tinggi dan bisnes
semakin menurun.
