Muhyiddin nampaknya masih tidak
dapat keluar lagi daripada cengkaman Nika Gee walaupun
dia telah 'bercuti' untuk seketika, dan muncul kembali dengan menghebatkan
serangan ke atas Najib Abdul Razak.
Masalah peribadinya nampaknya terlalu membelenggu bekas Timbalan Perdana Menteri dan
sekarang merupakan Presiden Cap Bunga itu.
Sedar bahawa dia kurang sokongan di dalam Cap Bunga untuk dirinya berbanding Mukhriz dan Mahathir, Muhyiddin dilihat cuba mengorak langkah secara lebih drastik dengan merapatkan diri dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Dalam keadaan sekarang, PAS dilihat
mempunyai banyak kelebihan dalam penentuan kerusi yang akan ditandingi pada PRU
akan datang.
Peluang Muhyiddin untuk berada sepentas
dengan Abdul Hadi Awang di Marang, seperti membuka bab baru kepadanya.
Malangnya, Abdul Hadi Awang bukanlah ahli politik amatur atau yang
tergila-gilakan sensasi seperti puak-puak PKR mahupun Cap Bunga.
Di atas pentas yang penting itu di mana
Muhyiddin Yassin terpaksa mengenakan ketayap putih agar dilihat setara dengan
para pemimpin gred 2 PAS, Muhyiddin terpaksa melagukan dendangan lama yang
telah ditinggalkan oleh PAS iaitu bercerita buruk tentang Najib Abdul Razak dengan
hanya bermodalkan HEARSAY.
"Saya dengar Ghani Patail..."
"Saya dengar ada RM42 juta dalam akaun Najib..."
"Saya dengar..."
"Saya dengar...."
"Saya dengar ada RM42 juta dalam akaun Najib..."
"Saya dengar..."
"Saya dengar...."
Dan Muhyiddin pula berucap di hadapan
orang-orang PAS yang sudah lali dan mangli dengan hujahan-hujahan sebegitu
kerana aktif di dalam PAS, terutama pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri
dahulu, itulah hujahnya. Malah Muhyiddin Yassin dengan kekayaan anak lelakinya
menerusi pelbagai projek Ali Baba termasuklah BESTARI.NET juga telah lama diperkatakan oleh PAS
tanpa dijawab walau sepatah pun oleh Muhyiddin.
Akhirnya apa yang berlaku ialah, di
tengah-tengah kerancakan Muhyiddin Yassin berucap, ramai ahli-ahli PAS yang
mendengar, mencebik dan menjuihkan bibir. Malah ada yang menuntut Muhyiddin
menerangkan tentang masalah di Kementerian Pelajaran yang pernah diterajuinya
dan kucar kacir semasa dia menjadi Menteri Pelajaran.
Apatah lagi dengan pujukan Muhyiddin
agar PAS menyerahkan kerusi-kerusi yang ditandingi parti tersebut tetapi kalah
kepada UMNO kepada Cap Bunga untuk ditandingi dengan alasan mahu mengelakkan
pertandingan tiga penjuru.
Bodoh sangatkah PAS?
Langkah Muhyiddin Yassin benar-benar
sumbang di atas pentas PAS. Seperti meludah ke langit dan kemudian kahak
menumpuk ke mukanya sendiri.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI