KUALA LUMPUR 5 Ogos – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba memberi gambaran buruk tentang Malaysia di luar negara apabila membuat kenyataan kepada media di Filipina bahawa demokrasi di Malaysia semakin terhakis.
Kenyataan Anwar itu dilaporkan akhbar The Philippine Star hari ini ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melawat ibu pejabat akhbar itu di Manila.
Anwar berada di Filipina bagi menyampaikan satu syarahan mengenai pengaruh Dr. Jose Rizal dan Ninoy Aquino serta kepimpinan ASEAN di University of the Philippines di Diliman, Quezon City.