MINNIESOTA: Gereja St. John di sini yang ditutup pada 2013 kerana jumlah jemaahnya yang kurang, kini dibuka semula sebagai sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam.
Dikenali dengan nama, Darul Ulum Islamic Center, bangunan asalnya yang berusia 127 tahun itu kini kembali meriah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Ramadan.
"Oleh kerana terdapat banyak warga Afika Timur di daerah ini yang rata-ratanya beragama Islam, jadi kami memberi ruang gereja ini sebagai tempat mereka beribadat dan mencari ilmu pengetahuan," kata jurucakap gereja itu, Feisal M. Elmi.
Gereja itu memang mengalami penurunan jemaah, iaitu dari 1,400 kepada hanya 152 keluarga atau 400 jemaah sahaja.

