Translate

25/12/2011

Anwar Hasut Puak Gereja Pula dengan Isu 153 ? Dan nak buat kecoh pada 9/1/2012

Image Detail

Nampak gayanya Anwar tak duduk diam semakin kita hampir ke 901 .. Selepas cubaan menghasut mahasiswa supaya memulakan Teori Domino melalui protes jalanan tidak menjadi, kali ni Anwar cuba memainkan semula sentimen api perkauman / keagamaan melalui rakan nya dalam pihak gereja.
 TMI ada artikel terbaru mengenai kritikan dari Paderi kontroversi Eu Hong Seng. Angin takde, ribut takde alih-alih selepas berjumpa dengan Anwar serta pemimpin Pkr, ahHong mempertikaikan Artikel 153 ! Konon 153 itu seumpama 'membuli'  kerana hanya menjaga hak satu kaum saja sementara hak kaum lain diabaikan.

Ni macam sengaja nak mulakan semula polemik kaum yang tak sudah2 ..... Keadaan dan timingnya amat meragukan.

Dikatakan turut hadir dimajlis tahunan itu adalah juga Koh Tsu Koon dan dari Mca Loh Seng Kok , mamat yang pernah menuduh gerakan 1Melayu 1Bumi dulu akan membawa negara kepada dasar Apartheid.

Saya harap Hishamuddin sedang memantau perkara ini .... tolonglah jangan dibiarkan berulang lagi polemik perkauman yang tidak berkesudahan. Bukan apa , ia meletihkan ! Saya sebut 'tidak berkesudahan' kerana memang jelas rakyat kita masih belum bersedia untuk membincangkan perkara 153 secara terbuka dan adil.

Bahaya Anwar sekarang ni, kemana saja dia pergi, dia akan bawa batu ronson dalam poketnya.......

posted by dinturtle

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...