Apakah anak-anak muda murahsiswa yang mengelarkan diri mereka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) masih tidak mengakui AnuWar Ibrahim adalah dalang utama pergerakan mereka? Apakah tindakan mereka mengempur PWTC Sabtu lepas adalah hanya satu daripada rentetan demonstrasi jalanan dalam usaha membebaskan AnuWar Ibrahim yang akan dibicarakan awal tahun depan? Apakah demonstrasi yang dilakukan Sabtu lalu hanyalah "tip of the iceberg" untuk demonstrasi lebih terancang oleh murahsiswa yang menjadi keldai tunggangan pembangkang.
Apa yang pasti, AnuWar Ibrahim telah berjaya merekrut "murahsiswa terpilih" dalam menjadikan mereka perisai hadapan buat dirinya dalam percubaan menumbangkan Kerajaan 9 Januari depan. Operasi ini dikenali sebagai "Langgar 901" dan "Bebas Anwar 901". Kenangkan kembali apa yang AnuWar Ibrahim lakukan dalam Reformsai pertama tahun 1998, selepas AnuWar Ibrahim dilucutkan dari jawatan TPM. Apakah modus operasi yang sama yang akan beliau lakukan menjelang 9 Januari depan? Di dalam beberapa siri pertemuan dengan AnuWar Ibrahim, termasuk pertemuan terbaru yang diadakan di rumah AnuWar, malam Jumaat semalam, murahsiswa-murahsiswa ini telah diterapkan di dalam minda mereka agar menentang pihak berkuasa iaitu mahkamah, pihak polis dan sebagainya untuk menghalang AnuWar Ibrahim dari menghuni hotel 5 bintang, penjara Sungai Buluh 9 Januari ini. Risalah seperti di bawah mula dicetak dan diedarkan.