Translate

24/12/2011

PESANAN TERAKHIR DARI NIK AZIZ KEPADA PENGIKUT-PENGIKUT FANATIKNYA !!!

Image Detail
Ikutlah konsep 1Malaysia
Akhirnya Nik Aziz bersuara dengan nada yang lemah lagi melemahkan.  Katanya:  “Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.  Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” 

Atas desakan akar umbi yang semakin membusuk, atas kemahuan ranting yang kian menggugurkan dedaunnya yang kering, Nik Aziz terpaksa mempertahankan kenyataan dasar negara kebajikan yang dianjurkan oleh parti itu. Dakwaan Hassan Ali terhadap dasar negara berkebajikan telah menyimpang dari perjuangan asal Pas disanggah.  

Kononnya negara berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya, bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan.  Cuma yang akak hairan, apa salahnya memperjuangkan negara Islam seperti dulu sebab Islam itu sendiri telah menggariskan semua yang terkandung dalam intipati negera berkebajikan.  Tapi nak buat camana, dah DAPig tak suka, dah PKR tentang, terpaksalah jugak menyerah kehormatan diri!

Kesian Nik Aziz ni kan?  Dia berada dipersimpangan.  Ditelan mati emak, diluah mati bapak.  Anaknya sendiri Nik Abduh Nik Aziz selaku timbalan ketua pemuda Pas terang-terang menyelar Datuk Mustafa dalam isu 'ribut kecil' ni.  Dan bukan seorang dua yang menyokong Hassan Ali dan bersetuju dengan pandangan beliau tetapi ramai lagi ahli yang menyokong dalam senyap.  Tahu sajalah pemimpin dalam Pas ni.  Bukannya boleh kena kritik, dan dan tu jugak melancarkan perang.  Bahaya betul kalau begini cara orang Pas ber'kebajikan'.  Kalau Mustafa Ali atau Mahfuz duduk kat tempat Najib, tak tahulah akak apa akan berlaku.  Mahu perang hari-hari kot kat Malaysia yang aman ni.      

Nik Aziz cuba menyejukkan 2 kumpulan yang melancarkan perang.  Nik Aziz cuba menjadi penyelamat di saat-saat akhir kehidupannya.  Dan kerana keinginan untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datangni, Nik Aziz terpaksa jugak mengikut dasar yang telah dipersetujui bersama kaum kafir yang bukanpun ahli Pas.  Segalanya untuk menumbangkan BN.  Segalanya demi perjuangan untuk membalas dendam terhadap Umno.  Perjuangan asal sudah mati.  Perjuangan untuk menubuhkan negara Islam telah berkubur dan ditalkinkan oleh sahabat baik Nik Aziz sendiri, Lim Kit Siang.      

Buat penat jer Hassan Ali berjuang dan mengharapkan pemimpin bertaraf ulamak membantu dirinya yang profesional tu.  Lupakan je lah Pas tu...Tapi tak payahlah keluar dari Pas.  Duk je kat dalam buat bising biar depa semua kepanasan dalam musim tengkujuh ni.....

Posted by akaknilai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...