Translate

05/08/2011

PANAS !!! - PAS HILANG AKAL SERBU GEREJA



KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan.

Kata beliau walaupun terdapat aduan atau wujud keadaan yang meragukan, para pegawai berkenaan sepatutnya tunggu hingga majlis pada Rabu malam itu selesai sebelum membuat pemeriksaan.

Dr Chua berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.

"Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya," kata Dr Chua dalam kenyataan pada Khamis.

Naib presiden MCA Gan Ping Sieu pula berkata tindakan para pegawai JAIS itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau telah meminta JAIS menyediakan laporan berhubung kejadian itu.


-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...