Diantaranya - "Contoh ordinan darurat yang telah dimasyhurkan ialah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang sering kali digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara.
Jika dilihat, kuasa-kuasa diberikan kepada polis dan Menteri Dalam Negeri di bawah ordinan tersebut adalah sama dengan yang diberikan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Kedua-duanya memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang itu tanpa bicara.
Maka, keadaan darurat yang membelenggu negara ini sewajarnya ditamatkan dengan serta-merta. Jika tidak, bagaimana hendak terangkan kepada dunia bahawa negara Truly Asia ini masih berada dalam darurat yang berdekad lamanya?
Kerajaan perlu mengkaji serta memberi perhatian yang lebih serius keatas akhbar ini yang cuba mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan secara senyap umpama 'duri dalam daging'.