"Lawak jenaka!, itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Beliau mengulas desas-desus yang mengaitkan dirinya sebagai pemimpin kanan PR yang menemui Ku Li untuk offer ganti tempat Anwar.
Dalam kenyataan yang disiarkan di laman sosial facebooknya, Nik Aziz bagaimanapun tidak menafikan dengan tegas dakwaan tersebut, sebaliknya hanya menjadikan ia sebagai bahan gurauan.
Kata Nik Aziz, "Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak,". HANYA BULAN RAMADHAN SAJA YANG AKAN DIHISAB ???? BULAN LAIN TAK APA NAK MENIPU ATAU MEMBOHONG ????
Bagaimanapun, beliau tidak pulak mengulas samada benar atau tidak pertemuan tersebut ada mengambil tempat dan dirinya selaku Murysidul Am PAS menawarkan jawatan Ketua Pembangkang.
Nik Aziz sebaliknya, mempersoalkan kes liwat Anwar pulak, katanya, "Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.
"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" katanya dalam satu kenyataan empat paragraf itu.-1/8/2011