Translate

Memaparkan catatan dengan label JPN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPN. Papar semua catatan

17/01/2013

Sejumlah 127,949 Kad Pengenalan Di Sabah Disyaki Bermasalah, Suruhanjaya Diberitahu

KOTA KINABALU, 17 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah diberitahu Rabu bahawa sejumlah 127,949 kad pengenalan dikeluarkan di Sabah dari 1979 hingga 1996 disyaki mempunyai masalah.

Roslan Alias, Penolong Ketua Unit Khas Sabah dan Sarawak, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata daripada jumlah itu 91,656 kad pengenalan dibatalkan selepas disyaki pengeluarannya tidak teratur.

Ketika diminta menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku sama ada ia satu kecuaian, Roslan berkata JPN telahpun menjalankan siasatan pada tahun 1996 apabila ada kakitangan jabatan itu ditahan terhadap penyelewengan kad pengenalan itu.

14/06/2012

BETINA DAJAL MATA SATU MUNCUL LAGI ???

Ambiga, 9 lain fail tuntutan cabar Akta Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0,  Datuk S. Ambiga dan sembilan lagi, memfail tuntutan balas di Mahkamah Tinggi untuk mengisytihar Akta Perhimpunan Aman 2012, tidak mengikut perlembagaan.

Defendan sebagai alternatif memohon mahkamah untuk mengisytihar Seksyen 6 akta itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Kumpulan itu, yang memfail tuntutan berkenaan melalui Tetuan Tommy Thomas juga memohon gantirugi umum dan teruk, selain kos daripada plaintif, kerajaan Malaysia, lapor Bernama.

08/11/2011

Keputusan UPSR pertengahan bulan ini

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka diketahui pertengahan bulan ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia dijangka mengumumkan keputusan peperiksaan itu pada minggu terakhir, sebelum sesi persekolahan 2011 berakhir pada 17 November depan.

Jika Terengganu mampu mengekalkan rekod sebagai negeri terbaik bagi peperiksaan tersebut tahun ini, bermakna negeri ini menjadi juara UPSR seluruh negara buat tahun ke-11 berturut-turut.

02/08/2011

KAKITANGAN JPN TERLIBAT PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA !!!!

Pagi tadi PR, petang ini warganegara -Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...