Translate

Memaparkan catatan dengan label Mercun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mercun. Papar semua catatan

27/08/2011

Taktik baru jual mercun haram

Image Detail

Penjual guna logo 'Happy Boom', 'Pop-Pop' dibenarkan pada kotak jualan.

Kurang seminggu lagi meraikan Aidilfitri, peniaga mercun dan bunga api yang ghairah untuk mengaut keuntungan segera, menukar taktik jualan bagi mengabui pembeli. Mereka menggunakan logo ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ iaitu sejenis bunga api yang dibenarkan pengimportannya oleh pihak berkuasa, pada kotak jenis mercun yang diharamkan dan menjualnya berleluasa termasuk di bazar Ramadan dan pasar malam. Tinjauan di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan peniaga yang menjual mercun itu adalah warga asing yang dilihat seolah-olah mencabar peraturan dan undang-undang negara ini.

23/08/2011

UPP rampas RM1.59 juta mercun - Tahniah dan teruskan...

TIGA jari tangan seorang remaja di Kuala Terengganu hancur dan hampir putus selain melecur di badan apabila mercun yang dibakar meletup secara tiba-tiba.
Dua kanak-kanak dalam dua kejadian berasingan di Kota Baru turut menjadi mangsa bahan api itu apabila cedera selepas mercun bola yang dibakar meletup.
Selain itu, mata seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Alor Setar pula nyaris buta apabila api percikan mercun terkena pada mukanya.

12/08/2011

TAHNIAH IBU BAPA YANG MEMBIARKAN ANAK BERMAIN MERCUN !!!!


KOTA BHARU LAGI - 
Dua lagi cedera akibat bermain mercun bola.

Kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini seolah-olah tiada penghujungnya apabila dua lagi kanak-kanak menjadi mangsa dalam kejadian Sabtu lalu dan semalam.

Kedua-duanya kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Dalam kes semalam, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Kampung Telaga Emas, Rantau Panjang hampir putus jari tengah kirinya selepas mercun bola yang dipasang meletup.

05/08/2011

Remaja Hilang Tiga Jari - Mangsa Kedua Akibat Mercun Di Kelantan


KOTA BAHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, Rabu.

Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga hilang jari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...