Marang 30/09/2011 - Sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri semua masjid diseluruh negara dipenuhi Umat Islam kerana bersembahyang dipagi hari raya. Tetapi sebaliknya di Masjid Rusila Marang, Terengganu, hanya dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang diletakkan dikiri-kanan lebuh raya Kuala Terengganu/Dungun, malahan ditengah-tengah pembahagi jalan juga diletakkan kenderaan yang mungkin mencacatkan kewibawaan ataupun sikap seseorang itu yang tidak memikirkan kebinasaan rumput serta tanaman yang ditabur subur untuk mencantikan lebuh raya tersebut dan juga keselamatan kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Perkara sebegini berlaku bukan pada hari-hari perayaan saja, tetapi pada setiap hari Jumaat dan setiap kali majlis ceramah diadakan di Masjid Rusila.
Translate
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
01/09/2011
29/08/2011
Asyik main gajet lupa hari raya
| SEMANGAT Aidilfitri perlu diperkukuhkan di kalangan generasi muda. |
Generasi muda makin pudar semangat Aidilfitri.
KUALA LUMPUR: Generasi muda sekarang dilihat lebih cenderung bermain gajet seperti iPad dan PlayStation daripada melayan tetamu yang berkunjung di rumah sempena Aidilfitri hingga dikhuatiri menjejaskan hubungan persaudaraan serta semangat lebaran. Ada anak muda sanggup berkurung dalam bilik sambil bertemankan gajet, melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari laman sosial daripada bermesra dengan sanak saudara dan kenalan, malah ada yang tidak mengenali saudara sendiri.
27/08/2011
Taktik baru jual mercun haram
Penjual guna logo 'Happy Boom', 'Pop-Pop' dibenarkan pada kotak jualan.
Kurang seminggu lagi meraikan Aidilfitri, peniaga mercun dan bunga api yang ghairah untuk mengaut keuntungan segera, menukar taktik jualan bagi mengabui pembeli. Mereka menggunakan logo ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ iaitu sejenis bunga api yang dibenarkan pengimportannya oleh pihak berkuasa, pada kotak jenis mercun yang diharamkan dan menjualnya berleluasa termasuk di bazar Ramadan dan pasar malam. Tinjauan di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan peniaga yang menjual mercun itu adalah warga asing yang dilihat seolah-olah mencabar peraturan dan undang-undang negara ini.
26/08/2011
Had laju jalan persekutuan, negeri dikurangkan

KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan sebanyak 10km/j dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan "balik kampung" untuk menyambut Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata had laju bagi jalan persekutuan kini diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j. Beliau berkata, pengurangan kadar had laju itu bermula dua hari lalu sehingga 6 September.
Langgan:
Catatan (Atom)