Translate

01/09/2011

KEGAGALAN PAS MENYEDIAKAN PASARANA YANG LENGKAP UNTUK MASJID RUSILA !!!!


Marang 30/09/2011 - Sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri semua masjid diseluruh negara dipenuhi Umat Islam kerana bersembahyang dipagi hari raya. Tetapi sebaliknya di Masjid Rusila Marang, Terengganu, hanya dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang diletakkan dikiri-kanan lebuh raya Kuala Terengganu/Dungun, malahan ditengah-tengah pembahagi jalan juga diletakkan kenderaan yang mungkin mencacatkan kewibawaan ataupun sikap seseorang itu yang tidak memikirkan kebinasaan rumput serta tanaman yang ditabur subur untuk mencantikan lebuh raya tersebut dan juga keselamatan kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Perkara sebegini berlaku bukan pada hari-hari perayaan saja, tetapi pada setiap hari Jumaat dan setiap kali majlis ceramah diadakan di Masjid Rusila.




Punca-punca perkara ini berlaku Masjid Rusila kerana kurang keprihatinan kepimpinan PAS (DS Hadi) untuk menyediakan tempat yang sesuai untuk menempatkan kenderaan pengunjung-pengunjung yang datang ke Masjid Rusila.  Sedangkan 7 penggal DS Hadi telah menerajui Daerah Marang, tapi tiada sebarang pemulihan dilakukan di Masjid Rusila yang sudah terkenal diseluruh dunia.



Didalam perkarangan kawasan Masjid Rusila sememangnya tiada ruang dan hanya dipenuhi dengan m/sikal. Adakah DS Hadi atau pemimpin PAS tidak nampak atau buat tidak nampak atau sengaja untuk menyusahkan pasukan keselamatan ?????


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...