SEMANGAT Aidilfitri perlu diperkukuhkan di kalangan generasi muda. |
Generasi muda makin pudar semangat Aidilfitri.
KUALA LUMPUR: Generasi muda sekarang dilihat lebih cenderung bermain gajet seperti iPad dan PlayStation daripada melayan tetamu yang berkunjung di rumah sempena Aidilfitri hingga dikhuatiri menjejaskan hubungan persaudaraan serta semangat lebaran. Ada anak muda sanggup berkurung dalam bilik sambil bertemankan gajet, melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari laman sosial daripada bermesra dengan sanak saudara dan kenalan, malah ada yang tidak mengenali saudara sendiri.