Translate

04/08/2011

Anwar Sudah Hilang Pengaruh, Kata Bekas Pengasas Pkr

Anwar Ibrahim: Anwar Ibrahim loses final appeal ahead of sodomy trial

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bekas seorang daripada pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yon berkata sebenarnya bukan satu kejutan apabila pakatan pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.
Beliau berkata pakatan pembangkang kini dilihat membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah hilang pengaruh dalam pakatan itu.

"Kita nampak Anwar kini sudah tidak relevan untuk terus menjadi pemimpin (PKR) kerana dia (Anwar) banyak masalah peribadi...keluar masuk mahkamah, tambah lagi kes video seks yang mengaitkan beliau.

"Bukan itu sahaja banyak lagi janji yang tidak di tunaikan, jadi saya tidak terkejut jika pihak pembangkang mencari alternatif untuk mencari penganti pemimpin mereka supaya dapat memimpin parti dengan betul," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ng keluar daripada PKR kerana kecewa terhadap kepimpinan PKR yang menurutnya bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untuk memenuhi kehendak Anwar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...