Translate

01/08/2011

MB Azizan Tenat, Kutukan Tuhan Atau Apa?

View Image
Gamaknya dikala ini sebilangan para pendukung parti kebajikan PAS yang prihatin sedang kusyuk mendoakan keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dilapurkan sedang berada dalam keadaan tenat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Khabarnya dari 4 injap utama jantung Ustaz Azizan, kesemuanya sudah tidak berfungsi lagi.


Keadaan ini kalau menurutkan pakar-pakar perubatan yang penulis hubungi sebentar tadi, semuanya bersepakat mengakatakan keadaan itu adalah parah, bukan 50:50 lagi dah.  Peluang yang ada amat sedikit, itupun kalau boleh dipanggil peluang.
Setakat yang penulis tahu, tak ramai yang begitu beria-ia nak mendoakan  keselamatan Ustaz Azizan ini terutama dikalangan orang PAS.  Maklum, kalau meninggal pun bukan ada pilihanraya kecil ye tak.  Kalau ada pilihanraya kecil tu mahu juga tak cukup-cukup sejadah memohon apa yang patut.  Itulah akibatnya bila dah bertuhankan politik.
Asalnya penulis tidak percaya, bukan apa, memikirkan ciri-ciri perlu yang ada pada pesakit jantung seperti badan yang besar, mudah tension dan sebagainya yang penulis tidak nampak ada pada Ustaz Azizan.  Tapi iyalah, itu hanya pandangan luaran, di dalam siapa yang tahu ye tak?
Mungkin beban memerintah negeri Kedah yang dulu hanya dibangkang selagi boleh, terlalu berat untuk ditanggung Ustaz Azizan.  Lagipun siapalah yang menyangka PAS akan menang dan memerintah Kedah dalam pilihanraya 2008 ye tak.
Semua itulah yag menjejaskan kesihatan Ustaz Azizan kini.
Disatu sudut lain, ini nasib baiklah namanya Azizan Abdul Razak, kalau Najib Abdul Razak, dah  berbuih, bertempayan air liur penyokong parti kebajikan PAS mendoakan yang tidak baik, dikaitkan dengan segala ‘kejahatan’ yang asalnya pun dari fitnah yang mereka sendiri cipta.
Baru bercerita tentang pembedahan kaki Perdana Menteri hari ini pun sudah macam-macam karma yang dikaitkan.
Sebagai orang Islam, kita percaya, apa pun musibah yang melanda pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya.  Kebetulan atau apa, Ustaz Azizan baru-baru ini terpalit skandal menurut cakap DAP dalam hal menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan.
Bercakap gah tentang Islam dan kemudiannya menurut dengan lembut segala kehendak kafir seperti DAP, dikalangan manusia pun sudah begitu hina sekali pandangannya.  Apatah lagi keputusan flip flop itu berkaitan dengan Islam dan prinsip yang kononnya menjadi tunjang parti PAS.
Mungkin Allah swt marah dan tidak redha dengan perbuatannya itu.
Ya, penulis bukan wakil tuhan macam Nik Aziz untuk berkata demikian tapi itu tidak menghalang penulis dari memberikan pendapat berdasarkan pengalaman dan pedoman.  Elok sekali sekali pengikut PAS ini diingatkan akan kegemaran mereka mengaitkan segala macam musibah dari tuhan bila sesuatu yang buruk menimpa pemimpin BN, terutama sekali pemimpin UMNO!!!
Apa rasanya bila yang musibah yang menimpa dikalangan mereka pula yang menjadi mainan politik sesetengah pihak.
Apapun kita doakan segala yang baik sajalah untuk Ustaz Azizan.  Dikala ini, sebahagian kita serahkan kepada kepakaran doktor-doktor tempatan negara, manakala selebih lagi kita serahkan ke hadrat Allah swt.
Nik Aziz, DS Hadi pun rasanya dah tak lama.... kalau diamalkan sikap bongkak dan pembohong macam lidah biyawak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...