Dengar cerita dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berada di London sejak 31 Mac lalu dan balik ke tanah air hari ini (10 April 2011).
Mesyuarat MARA ke?
Atau datang melancong dan berehat selepas penat bekerja?
Tidak pasti sama ada ia untuk tujuan itu.Namun ada pihak dari Kota London menceritakan Idris ‘duduk’ di Kota London dan tidak pun ke Paris atau ke Dublin atau Glasgow dari kota berkenaan.