KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95.
Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way".
Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.