KOTA TINGGI – Seorang murid tahun tiga cedera di seluruh badan dan hampir putus telinga kanan selepas diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Muhammad Rafiq Abdul Rashid, 9, dan kembarnya, Muhammad Rafie sedang bermain tidak jauh dari rumah mereka sebelum empat ekor anjing peliharaan jiran mereka terlepas lalu menyerang mangsa.