Translate

07/04/2011

Murid cedera diserang anjing di Kota Tinggi - mungkin berlaku di SMK Rusila Marang

KOTA TINGGI – Seorang murid tahun tiga cedera di seluruh badan dan hampir putus telinga kanan selepas diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Muhammad Rafiq Abdul Rashid, 9, dan kembarnya, Muhammad Rafie sedang bermain tidak jauh dari rumah mereka sebelum empat ekor anjing peliharaan jiran mereka terlepas lalu menyerang mangsa.
Rafie berjaya melarikan diri tetapi Rafiq terjatuh lalu digigit dan dicakar di bahagian belakang badan.
Akibat serangan haiwan itu, mangsa menerima 30 jahitan dan dirawat di wad Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.
Menurut Rafiq, dia tidak mampu melakukan apa-apa ketika diserang dan hanya mampu baring dan menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya.
“Anjing tersebut terus menggigit telinga, tengkuk, paha dan kaki saya menyebabkan saya meraung kesakitan.

Kejadian yang serupa juga mungkin akan berlaku keatas pelajar-pelajar di Sekolah Menengah RUSILA, Marang, Terengganu, dimana telah dilaporkan oleh penduduk setempat, terdapat sekumpulan anjing liar yang berkeliaran disekitar kawasan tersebut.

Kehadiran anjing-anjing liar tersebut juga telah dilaporkan kepada pihak yang berkaitan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...