Translate

10/04/2011

Dua Beranak Ke Tali Gantung Kerana Membunuh

ALOR SETAR, 10 April (Bernama) -- Dua beranak yang bekerja sebagai penarik kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Ahad bagi kesalahan membunuh seorang lelaki lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani A.Rahim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah.
Hashim Ariffin, 56, dan anaknya Hishamuddin Hashim, 31, dituduh secara bersama membunuh Mohd Rafi Che Ani pada 7 Februari 2003 di hadapan kedai buah Majlis Daerah Kulim di Jalan Kulim-Kelang di Kulim.

Setelah meneliti keterangan pembelaan dan pendakwaan, Zamani berkata pembelaan yang dikemukakan oleh dua orang saksi bercanggah antara satu sama lain.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norsyuhada Mohd Yatim, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Di mahkamah yang sama hari ini, seorang pembantu kedai Rahani Ahmad, 49, dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar 56.6 kilogram dadah jenis ganja pada 2009.

Hakim Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Tertuduh dituduh melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta berhadapan rumah Plaza Tol Bandar Bharu, Kulim kira-kira pukul 6.35 petang pada 7 Mac 2009.

Tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Tertuduh diwakili peguam JM Martin, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...