GEORGE TOWN – Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut.
Difahamkan, semua pemilik premis berkenaan memperoleh telur ayam yang mempunyai saiz luar biasa itu daripada dua pemborong yang berpangkalan di negeri itu.
Malah, peniaga juga mendakwa, mereka tidak dimaklumkan mengenai ketulenan telur yang dibekalkan oleh pemborong berkenaan sebaliknya hanya menjual seperti telur biasa pada harga RM11 bagi setiap 30 biji.
Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK, M. Guna Selan berkata, pihaknya bertindak merampas kesemua telur tersebut untuk dikaji ketulenannya.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tiga buah premis menjual telur tersebut dilakukan berdasarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu tersebut kelmarin.
“Kami segera membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang didakwa menjual telur tersebut.
“Kami akan mengambil sampel telur itu untuk dibawa ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Pengguna di kawasan Rhu Rendang, Marang perlu lah berhati-hati semasa membeli telor ayam dimana-mana pusat membeli belah atau dikedai-kedai persekitaran. Tidak mustahil telor ayam palsu juga berada dipasaran sekarang.