Translate

12/04/2011

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON...PART 1

Dengar cerita dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berada di London sejak 31 Mac lalu dan balik ke tanah air hari ini (10 April 2011).

Mesyuarat MARA ke?

Atau datang melancong dan berehat selepas penat bekerja? 
Tidak pasti sama ada ia untuk tujuan itu.
Namun ada pihak dari Kota London menceritakan Idris ‘duduk’ di Kota London dan tidak pun ke Paris atau ke Dublin atau Glasgow dari kota berkenaan.

Idris tidak tinggal langsung kota atau ibu negara bekas penjajah Tanah Melayu itu.

Idris yang juga Ketua Bahagian Besut ( ada empat ADUN dalam Parlimen Besut – Jerteh, Hulu Besut, Kota Putera dan Kuala Besut) bukan sekadar ada di London besama dengan keluarganya semata-mata.

Bersama-sama Idris ada kira-kira 46 orang lagi turut serta bersamanya.

Melancong? Makan angin? Menikmati keindahan Kota London dengan bas dua tingkat, Buckingham PalaceTrafalgar Square, Tower of London, Palace of Westminster, London Eye, Tower Bridge dan sebagainya?;

Pihak yang membawa berita mengatakan itu bukan tujuan atau matlamat utama Idris dan rombongan ke sana!

Idris ke sana kerana ada misi.

Misi apa?

Sebelum menjelaskan misinya, kita tinjau secara ringkas kedudukan Idris selepas digugurkan sebagai Menteri Besar oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang ketika ini masih Yang DiPertuan Agong.

Bagaimana kedudukan Idris ketika ini?

1. Dia kini Pengerusi MARA dan juga orang penting di Ibu Pejabat UMNO yang merangka strategi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke 13;

2. Dia kini Ketua Bahagian UMNO yang satu-satunya di Terengganu ‘tidak tunduk’ dan ‘tidak akan ‘pernah tunduk kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said’;

3. Dia kini ADUN Jerteh, yang satu-satunya merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada Ahmad Said kerana pernah menjadi Menteri Besar dan ‘digulingkan’ bukan oleh parti dan rakyat tetapi oleh istana;

4. Sebagai ADUN, Idris berdendam bukan sahaja kepada Tuanku Mizan kerana menggugurkannya dan juga Ahmad Said kerana exco ketika pentadbirannya kini menggantikannya, sedangkan baginya kalaupun tidak beliau tetapi biarlah orang-orangnya seperti Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil, bekas Exco), Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi, bekas Exco) atau mungkin Alias Abdullah (ADUN Alor Limbat, seorang peguam);

5. Dia semakin merasakan kedudukannya ‘tidak selamat’ kerana banyak faktor. Antaranya, jika digugurkan sebagai calon dia akan kehilangan segala-galanya dalam politik; orang kuatnya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman (bekas Setiausaha Politiknya, semakin jelas yang menghantar sms Ugut Bunuh di mahkamah) dan akan menjejaskan politiknya jika Dr Ramzi dijatuhi hukuman di mahkamah; dan projek-projek ‘kelas dunianya’ di Terengganu ada yang runtuh, bocor, terbengkalai dan ‘lingkup’;

6. Ramai daripada penyokong kuatnya kini ada yang sudah menyeberang kepada Ahmad Said dan ‘hard core’ seperti Rosol dan Alias (kecuali Din Adam) semakin ‘baik’ dengan Ahmad Said;

7. Kedudukan Ahmad Said yang kembali menerajui UMNO Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan benar-benar mencabar beliau yang sebelum ini begitu seronok ketika dipimpinan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. ‘Dakar Barat Idris Jusoh’ kini sering menyanyikan lagu sumbang!
Selepas memahami sedikit sebanyak latar belakang Idris, adalah baik untuk kita mengetahui dengan jelas apakah tujuan sebenar Idris dan 46 ahli rombongannya buat di Kota London.

Posted by teganukini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...